Perjalanan Teacher Farrah dalam dunia pendidikan bermula sebagai seorang pelajar yang meminati Matematik sehingga menjadi seorang pendidik yang membantu ramai pelajar menguasai subjek tersebut.
Asas Akademik
Teacher Farrah merupakan graduan daripada Universiti Malaya (UM) dalam bidang Ekonomi dan Matematik-degree, selepas menamatkan pengajian dalam bidang Perakaunan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)-diploma.
Latar belakang akademik ini membentuk asas yang kukuh dalam pemikiran analitik dan minat mendalam terhadap Matematik, yang kemudiannya menjadi inspirasi untuk berkongsi ilmu dan membantu pelajar memahami subjek ini dengan lebih mudah.
Permulaan Kerjaya Sebagai Pendidik
Selepas tamat pengajian, Teacher Farrah mula mengajar Matematik dan Additional Mathematics kepada pelajar sekolah menengah serta mengendalikan kelas persediaan peperiksaan bagi membantu pelajar memahami konsep Matematik dengan lebih jelas dan tersusun.
LEARN MOREMembimbing Generasi Pelajar
Dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman mengajar, Teacher Farrah telah membantu ramai pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam Matematik serta mengendalikan pelbagai bengkel Matematik di sekolah-sekolah dalam negara.
LEARN MORE